Saturday, 24 September 2011

derita putera

disebut suatu ketika dahulu,
akan sang putera di tawan seteru,
disiksa di rakus sang puterinya,
dibalukan dia dek syaitan durjana.

terpaksakan olehnya binatang itu,
diranap gagah disiat sasanya itu,
tergadai mahkotanya, disentap paksa,
dibiar melolong tak siapa kuasa.

sudah datang purnama pergi berlalu,
putera merasa rusuknya biru,
degup di dalamnya haru belaka,
namun soalnya mengapa?

andai puncanya celaka dahulu,
jadilah cukup bernafas sayu,
kalaulah pula musuh yang angkara,
hendak ditikam mati sahaja.

bagaimana jua nan putera itu,
ditunggu nanti, arang mengabu,,
aduhai tuan, kasihan dia,
apa nasibnya, apa nasibnya.

                       +++++

satu hari bersama saya :)

pagi tidak bicara,
terbit senyap saja,
terang sudah gelita,
tapi tidak saya.

siang kicau tiada,
padang sunyi ketawa,
emmbun kering sendiri,
di sini duduk saya.

langit sudah jingga,
petang makin tua,
bunga sedang merecup,
begitu juga saya.

malam jangan lari,
tunggu...mari bersama,
bual rasa semua,
teman sahaja saya.

                          +++++